TERKINI : “Waytha Moorthy” Saya Tak Nampak Masalah dan Simpan Dia Sebagai Menteri – Tun Mahathir

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak nampak sebarang masalah dalam pentadbiran P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, katanya, Waytha akan kekal dalam jawatan sekarang iaitu menjaga perpaduan negara malah Dr Mahathir berpendapat beliau layak untuk terus mengepalai portfolio berkenaan.

“Saya tidak nampak apa masalah kepada dia, jadi waktu ini saya masih boleh simpan Waytha Moorthy sebagai menteri,” katanya ringkas kepada media selepas merasmikan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA), di Auditorium Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.