DOHA – Atlet wanita Muslim, Dalilah Muhammad terus berada kemuncak prestasi apabila memecahkan rekod dunia acara 400m lari berpagar di Kejohanan Dunia malam tadi.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Khalifa itu menyaksikan pelari Amerika Syarikat memecahkan rekod dunia buat kali kedua tahun ini untuk memenangi acara itu dengan catatan 52.16 saat.

Juara Olimpik berusia 26 tahun itu mudah mengetepikan rakan senegara, Sydney McLaughlin, manakala Rushell Clayton dari Jamaica meraih gangsa.

Dalilah telah memperbaharui catatan 52.20 yang dilakukannya pada Julai.

Sementara itu,tuan rumah Qatar meraikan pingat emas lompat tinggi menerusi Mutaz Essa Barshim apabila menceriakan penyokong tuan rumah selepas meraih emas dengan lompatan 2.37 meter.

Barshim berjaya bangkit melepasi pada percubaan ketiga dan terakhir selepas hampir tersingkir pada ketinggian 2.33m.

Dua atlet Russia, Mikhail Akimenko dan Ilya Ivanyuk, memenangi perak dan gangsa.

Dalam acara 400m lelaki, Steven Gardiner dari Bahamas meraih emas dengan catatan 43.48 saat, diikuti Anthony Jose Zambrano dari Colombia dan Fred Kerley (Amerika Syarikat). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast