BANGKOK- Meskipun Indonesia merancang untuk memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan, ibu pejabat ASEAN akan tetap kekal di Jakarta, kata Setiausaha Agung Asean, Lim Jock Hoi.

Katanya, ini sama seperti ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertempat di New York.

“Ini semua berita baharu kepada kita semua yang mana Indonesia akan memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan tetapi apa yang penting, Sekretariat ASEAN tidak akan berpindah ke Kalimantan kerana kami baru sahaja mendapat bangunan bahar.

“Kami percaya, Jakarta akan menjadi ibu negara ASEAN,” katanya di sini baru-baru ini.

Dibiayai oleh Indonesia, bangunan Sekretariat ASEAN itu terletak berhampiran bangunan sebelumnya di Jakarta Selatan dan memiliki dua menara 16 tingkat.

Ia berharga kira-kira AS$37.3 juta.

Bangunan yang mula dibina pada 2018 itu memiliki 30 bilik mesyuarat dan setiap negara anggota memiliki bilik masing-masing.

“Kami mahu melihat apa yang ada di sini sama seperti di New York yang mana letaknya PBB dan Sekretariat ASEAN akan menjadi tonggak ibu negara Asean di Jakarta,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast