PUCHONG – Pengukuhan iman dan takwa menjadi nilai penting dalam mencegah peningkatan kes sumbang mahram di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun kerajaan telah menyedia pelbagai inisiatif mencegah kes itu, semuanya berbalik kepada nilai agama di dalam diri individu.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut meluahkan rasa sedih dengan kes yang tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat.

“Kerajaan sentiasa aktif bersama pelbagai pihak untuk menggembleng usaha menangani kes sumbang mahram yang semakin meningkat dalam masyarakat.

“Namun kita sebenarnya kita perlu mengukuhkan iman dan takwa iman seseorang individu,” katanya.