SHANGHAI – Alibaba akan berhenti menjual penjualan komponen e-rokok di Amerika Syarikat susulan peningkatan pengawasan pengawalseliaan dan laporan penyakit paru-paru dan beberapa kematian yang dikaitkan dengan vape.

Langkah itu menyusul selepas pengumuman oleh Kroger Co dan Walgreens Boots Alliance Inc yang mahu menghentikan penjualan e-rokok di kedai mereka, sejajar dengan keputusan oleh Walmart.

Alibaba berkata, ia sudah mempunyai dasar yang lama untuk tidak menjual produk e-rokok lengkap di Amerika Syarikat.

Produk-produk vape telah dikaitkan dengan penyakit paru-paru hingga membawa kepada 18 kematian pada minggu lepas, dengan jumlah kes yang disahkan dan kemungkinan keadaan melebihi 1,000, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Alibaba Group Holding Ltd berkata, penyenaraian untuk produk berkaitan dengan vape tidak akan dipaparkan untuk pengguna yang terletak di Amerika Syarikat.

Walaupun Juul Labs Inc menguasai pasaran Amerika Utara untuk e-rokok, banyak laporan kematian dan masalah kesihatan di Amerika Syarikat ada kaitan dengan jenama yang tidak boleh kenalpasti pemiliknya.

Yang paling menonjol, Dank Vapes, dikaitkan dengan 24 penyakit termasuk paru-paru, menurut kajian dari New England Journal of Medicine.

Produk-produk mengandungi THC, bahan psikoaktif dalam ganja. – MalaysiaGazette