TERKINI : Hadi Awang Senada Tun M

KUALA LUMPUR – Selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata senarai Kabinet perlu ada masyakarat majmuk dalam senarai ahli Kabinetnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilihat senada dengan penolakan cadangan itu.

Abdul Hadi berkata kerajaan yang hendak dibentuk harus mempunyai ahli daripada pelbagai bangsa kerana ia mencerminkan kepelbagaian bangsa dan budaya.

“Respon saya ialah sebarang kerajaan mesti mewakili masyarakat majmuk dan majoriti dominasi adalah Melayu Islam,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.