TERKINI : MPPA Muncul Juara Kejohanan Futsal TNB-Media 2019

KUALA LUMPUR – Persatuan Jurugambar Media Malaysia (MPPA) muncul juara Kejohanan Futsal TNB-Media selepas menewaskan Utusan Malaysia 2-0 dalam final di gelanggang futsal Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bangsar, di sini, hari ini.

MPPA menjulang trofi selain memenangi hadiah wang tunai RM2,000 manakala Utusan Malaysia membawa pulang wang tunai RM1,500. Tempat ketiga dan keempat masing-masing milik Sinar Harian dan TV3.