Lukaku menunjukkan isyarat satu selepas menjaringkan bola ke gawang pintu gol San Marino dalam perlawana di Brussels awal pagui tadi

BRUSSELS – Belgium menjadi pasukan pertama layak ke pusingan akhir kejohanan Eropah (Euro 2020) selepas Romelu Lukaku menjaringkan dua gol ketika Belgium menewaskan San Marino, 9-0 di Brussels, awal pagi ini.

Gol itu menyaksikan rekod jaringan Lukaku bersama Belgium yang kini melepasi angka 50 dengan skuad kendalian Roberto Martinez mengungguli carta Kumpulan 1 dengan kelebihan 11 mata di depan pasukan tangga ketiga, Cyprus berbaki tiga aksi.

“(Untuk perlawanan seterusnya) pendekatannya akan lebih kurang sama, kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan standard kami

“Pendekatan kami (untuk perlawanan berikutnya) tetap sama, kami mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan standard kami.

“Langkah berikutnya adalah menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama,” kata jurulatih dari Sepanyol, Martinez.

Pasukan di ranking nombor satu dunia itu mengesahkan tempat pada kejohanan tahun depan, yang dijadual berlangsung di 12 venue sekitar Eropah, selepas mencatat tujuh kemenangan kelayakan berturut-turut.

Russia pula menjadi pasukan kedua untuk layak secara automatik dalam kumpulan itu selepas mencatat kemenangan ke atas Scotland, 4-0 mendahului lapan mata daripada Cyprus.

Kemaraan itu menyaksikan Belgium diletakkan sebagai pasukan pilihan di Euro 2020 dengan sasaranmenjulang trofi utama pertama negara itu ketika saingan membuka tirainya pada 12 Jun depan.

Kemenangan Belgium di Stadium King Badouin dengan sembilan gol, menyamai rekod ketika menewaskan Zambia dan Gibraltar 9-0 pada 1994 dan 2017, selain turut membelasah lawan sama San Marino, 10-1 pada 2001. – MalaysiaGazette