Gaji minimum dicadang dinaikkan sehingga RM1,500 dengan kadar segera sebagai langkah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat kekal berkhidmat di negara ini serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencadangkan gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan.

Tetapi ia hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020 yang bertujuan untuk menambah baik kehidupan rakyat bagi golongan berpendapatan rendah, kata Menteri Kewangan.

Lim Guan Eng juga berkata, kajian semula Akta Kerja 1955 telah meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021;

Selain itu memanjangkan kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan.

Akta itu turut menambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dari segi perlindungan dan prosedur dan memantapkan peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast