KUALA LUMPUR – Inflasi dijangka berkembang 2% pada tahun 2020 disebabkan oleh jangkaan pengenalan subsidi minyak bersasar.
Peningkatan ini juga sebahagian disumbang oleh kesan asas yang semakin berkurangan dan pelaksanaan levi perlepasan.
Unjuran inflasi ini juga tertakluk kepada perubahan kadar pertukaran asing dan ketidaktentuan harga minyak global berikutan ketegangan perdagangan dan geopolitik.
Indeks Harga Pengguna merosot 2% dalam tempoh Januari hingga Ogos 2019 disebabkan penurunan indeks sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (10.3%), perlombongan (3.8%) dan pembuatan (1.1%).
Keadaan ini berpunca daripada harga komoditi lebih rendah terutama minyak mentah dan minyak kelapa sawit yang mengurangkan kos pengeluaran.
Pertumbuhan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dijangka kekal berkadar lebih rendah.
Walau bagaimanapun, IHPR dijangka meningkat pada tahun 2020 dengan kesan asas berkurangan dan aktiviti pengeluaran kembali ke paras normal. – MalaysiaGazette