Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperluaskan perlindungan kepada pekerja kontrak di bawah kontrak untuk perkhidmatan dan profesional.

Sebagai permulaan, skim ini akan dijalankan secara sukarela bagi pekerja dalam industri seni dan hiburan melalui kerjasama antara KWSP dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebelum diperluaskan kepada sektor lain.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan diperluaskan bagi membolehkan caruman oleh 18 kumpulan yang bekerja sendiri mulai tahun 2020, seperti nelayan, petani, pemilik tunggal dan perkongsian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast