TERKINI : “Dua ADUN DAP Ditahan” Menyokong LTTE – PDRM

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, G.Saminathan dan P Gunasekaran masing masing dari Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh suspek yang ditahan dikaitkan dengan keganasan Harimau Pembebasan Tamil Elam (LTTE) di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan kesemua mereka yang berusia antara 27 hingga 52 tahun itu

Dalam sidang media khas di Bukit Aman petang ini, katanya Bahagian Anrikeganasan Cawangan Khas telah menahan mereka dalam satu operasi serentak antara pukul 9 pagi hingga 2 petang pada hati ini di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kedah kerana disyaki terlibat aktiviti mempromosi,menyokong,menghasut,menggalak dan mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.