Mark Esper. Foto Agensi

WASHINGTON – Pentagon mengumumkan untuk menambah ribuan tentera untuk meningkatkan pertahanan Arab Saudi.

Setiausaha Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, Mark Esper berkata, beliau telah mengesahkan penambahan itu termasuk pesawat pejuang dan sistem pertahanan.

Langkah itu merupakan maklum balas terhadap ancaman dirantau itu, selain usaha melindungi Arab Saudi daripada ‘serangan Iran’.

Ia susulan serangan kemudahan minyak mentah Arab Saudi pada September lalu yang menjejaskan 5% keperluan minyak global.

“Tambahan 3,000 tentera telah diperluaskan atau dibenarkan pada bulan lalu,” kata jurucakap Pentagon, Jonathan Hoffman.

AS telah meningkatkan penggunaan pasukan di rantau ini sebanyak 14,000 sejak Mei, menurut CNN.

Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman telah meminta sokongan tambahan, kata Encik Esper. – MalaysiaGazette