Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat akan ditutup pada hari Isnin, 14 Oktober ini sempena Hari Columbus yang memperingati pelayaran pertama pelayar Itali, Christopher Columbus, yang tiba di Amerika pada tahun 1492.

Semua perkhidmatan kedutaan, termasuk wawancara visa, pemprosesan pasport dan perkhidmatan lapangan akan disambung semula pada hari Selasa, 15 Oktober 2019.

Nombor telefon kedutaan untuk kecemasan adalah (03) 2168-5000. – MalaysiaGazette