Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng bercakap pada sidang media Pasca Belanjawan 2020 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan Sarawak diminta bertimbang rasa selepas mendapat peruntukan sebanyak RM4.4 bilion dalam Belanjawan 2020.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini kerana negeri itu mendapat peruntukan kedua terbesar selepas Sabah.

Menurut beliau, jika ingin mengambil kira rasa tidak puas hati, semua negeri lain juga memiliki perasaan yang sama.

“Negeri kedua mendapat peruntukan kedua pun masih tidak puas hati. Kalau ikut semua negeri tidak puas hati, namun dalam Belanjawan 2020 kerajaan tetap memberi keutamaan kepada Sarawak dan Sabah.

“Sebelum ini, mereka tidak pernah dapat apa diharapkan namun tetap berpuas hati dengan peruntukan kerajaan terdahulu.

“Kali terakhir semakan dibuat pada 1969 dan kita tambah peruntukan pun masih tidak berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca Belanjawan 2020 di Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyatan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Datuk Seri Fadillah Yusof yang menyifatkan Belanjawan 2020 gagal memenuhi janji manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk rakyat Sarawak.

Kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, dari segi peruntukan pembangunan misalnya, Sarawak menerima hanya RM4.4 bilion berbanding RM5.2 bilion untuk Sabah.

Dengan jumlah RM9.6 bilion untuk kedua-dua negeri itu, katanya, hanya 17.1 peratus daripada jumlah dana pembangunan dalam Bajet 2020.

Beliau berkata, sedangkan manifesto PH telah menjanjikan 30 peratus dana pembangunan akan diagihkan kepada Sarawak dan Sabah, tetapi kenapa hanya 17.1 peratus yang diperuntukkan? – MalaysiaGazette

Belanjawan 2020 gagal penuhi manifesto PH untuk rakyat Sarawak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.