DUBAI – Iran menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Arab Saudi, dengan atau tanpa bantuan orang tengah.

Ditanya mengenai laporan bahawa Perdana Menteri Pakistan Imran Khan cuba menjadi orang tengah antara Tehran dan Riyadh, jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Abbas Mousavi berkata: “Saya tidak menyedari wujudnya pengantaraan,” katanya.

“Iran telah mengumumkan bahawa, dengan atau tanpa pengantara, kami sentiasa bersedia mengadakan perbincangan dengan jiran-jirannya, termasuk Arab Saudi, untuk menghapuskan salah faham,” tambah Mousavi.

Menteri Luar Iran memberi isyarat minggu ini bahawa negaranya bersedia untuk membincangkan isu-isu serantau dengan Arab Saudi, tetapi Riyadh perlu henti “membunuh orang”.

Arab Saudi, yang terlibat dalam beberapa proaksi peperangan di rantau ini dengan Iran, telah menyalahkan Teheran atas serangan terhadap loji minyaknya pada 14 September lalu.

Namun, Arab Saudi memilih penyelesaian politik berbanding tentera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast