Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR – Polis akan terus menyiasat dan menangkap mana-mana pemimpin atau ahli politik sekiranya terdapat bukti kukuh mengaitkan mereka dengan ideologi perjuangan Kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Itu tegas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay menjawab kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Maknanya, tidak ada jaminan mana-mana ahli politik tidak lagi ditahan selepas ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kenyataan Guan Eng yanh mendakwa polis sudah memberi jaminan tidak akan ada tangkapan pemimpin politik dari parti DAP selepas ini.

“Itu saya tak pasti dari mana input yang dia (Guan Eng) dapat yang mengatakan polis takkan menjalankan siasatan tangkapan. Itu saya tak pasti tapi yang pastinya bukan daripada saya (kenyataan akan hentikan siasatan (pemimpin DAP).Saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan kita akan hentikan siasatan…tidak.

“Adakah ini oleh kerana melibatkan parti DAP dan perlu menghentikan siasatan..tiada..tidak daripada saya. Mungkin ada daripada pihak lain..saya tak pasti (tapi) tidak ada sebab kenapa kita (polis) perlu hentikan siasatan.

“Apa yang pasti, ia bukan daripada saya (hentikan siasatan),” katanya dalam sidang media khas Cawangan Khas berhubung kejayaan penangkapan lima suspek berhubung kait dengan LTTE dalam operasi susulan daripada penangkapan tujuh suspek dalam isu yang sama pada 9 Oktober lalu.

Ayob menambah, polis tidak tunduk kepada desakan atau kritikan pelbagai pihak di luar sama ada akan meneruskan siasatan dan tindakan pasti akan menyusul sekiranya wujud bukti-bukti kukuh.

Tujuh orang – termasuk dua wakil rakyat dari DAP – ditahan polis mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma pada 10 Okt lalu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti LTTE.

Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan mengeluarkan kenyataan mendakwa dimaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan berkenaan.

Untuk rekod, LTTE disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas
di 30 negara seluruh dunia termasuk di Kesatuan Eropah, Kanada, India, AS dan Malaysia

Dalam pada itu, Ayub Khan juga menegaskan polis tidak akan menangkap Menteri Sumber Manusia yang juga pemimpin DAP, M. Kula Segaran hanya kerana pemimpin itu bergambar dengan pemimpin parti politik India Selatan yang merupakan penyokong tegar LTTE, Seeman Senthamilan.

Beliau juga tanpa mendedahkan sekiranya terdapat mana-mana wakil rakyat tidak kira daripada mana-mana parti sekalipun akan dipantau jika terlibat dalam aktiviti menyokong keganasan.

“Tangkapan ini tiada kaitan dengan DAP, Pas, PKR atau mana mana parti pun, tangkapan dibuat kerana menyokong atau mempromosi mana-mana aktiviti keganasan tidak kira parti mana pun, tiada tolak ansur, mana-mana terlibat cukup bukti kukuh dan ada asas, ingat anda ada dalam radar Cawangan Khas Bukit Aman dan akan ditangkap,” katanya.

Mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri, S.A.Vikneswaran yang menganggap rasa simpati terhadap pembunuhan komuniti Tamil Di Sri Lanka tidak semestinya menyokong keganasan, Ayob Khan menjawab;

“Ada dua isu di sini, adakah kita bersimpati perjuangan kaum Tamil atau perjuangan LTTE? Kalau perjuangan kaum Tamil tidak jadi isu. Isu kemanusiaan kita faham, kalau LTTE yang disenaraikan sebagai sebagai pengganas itu mana boleh dia menggunakan keganasan menyerang dan sebagainya..dia ada dua pendekatan berbeza.

“Saya pun sebagai Islam bersimpati juga kaum Tamil di sana adakah simpati saya jadi perjuangan atau menyokong pergerakan LTTE?

“Dengan kita simpati kaum Tamil di Sri Lanka dan mempromosi perjuangan Tamil Eelam itu satu kesalahan,”  tegasnya.-MalaysiaGazette

5 Komen

Comments are closed.