Food delivery riders sending food to their customers

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia mengarahkan pensyarahnya, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari supaya memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan pekerjaan e-hailing sebagai tidak bermaruah.

Universiti itu dalam kenyataannya berkata, permohonan maaf itu perlu dibuat khusus kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut dan umumnya kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Walaupun menyifatkan pandangan tersebut bersifat peribadi, namun Pengarah
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Profesor. Dr. Azmawani Abd Rahman berkata, pihaknya menyiasat perkembangan tersebut dan masih menunggu penjelasan lanjut dari pensyarah berkaitan.

Katanya, pensyarah  tersebut berkemungkinan besar tersalah menggunakan perkataan yang bersesuaian untuk menggambarkan pendapat dan pandangan beliau.

“Bagi memurnikan situasi yang sedang berlaku, UPM akan meminta pensyarah terbabit mengeluarkan kenyataan permohonaan maaf secara terbuka khususnya kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut dan umumnya kepada masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Menurut Dr Azmawani, UPM mempunyai garis panduan kepada semua pekerja dan pelajar dalam memberi kenyataan kepada media.

Katanya, universiti itu juga sering memberi peringatan dan memantau warganya supaya mematuhi perkara-perkara yang telah ditetapkan dan tidak memberi sebarang kenyataan yang berbentuk provokatif, menyinggung, dan memberi persepsi negatif.

Pensyarah berkenaan, Mohd Yusof dalam program temu bual di televisyen ketika ditanya tentang gig ekonomi menyifatkan kerja-kerja penghantaran seperti Gojek sebagai kerja-kerja tak bermaruah. – MalaysiaGazette

 

5 Komen

  1. Check dulu PhD Prof tu asli atau fake atau hasil kerja research assistant yg di cilok oleh Prof tu… 🙂

    Amalan biasa PhD student kat Malaysia 🙂

  2. Mungkin maksud Prof pekerjaan gig Not Dignified atau tidak dipandang mulia. Bukan tidak bermaruah. Lost in translation.

  3. Sebetulnya…nak tuju kepada kerajaan yang memerintah.,ibarat pukul anak yang nak di sakitkan bapa (ini mesti pencacai mameno ni).

Comments are closed.