LONDON – Bintang sensasi, Neymar mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabatan di antara Brazil dan Nigeria ketika permainan baru memasuki minit ke-12 minit.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura itu semalam berkesudahan keputusan seri 1-1.

Penyerang Paris Saint-Germain yang membuat penampilan ke-101 untuk pasukan kebangsaan itu dilihat memegang bahagian belakang pehanya digantikan dengan Philippe Coutinho.

Pasukan Brazil masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan pemain tersebut.

Keputusan seri berkenaan memanjangkan rekod tanpa kemenangan Brazil kepada empat perlawanan.

Jurulatih Brazil, Tite membuat dua perubahan daripada perlawanan lepas ketika berdepan Senegal dengan mengalih posisi Neymar ke bahagian tengah dan meletakkan tiga penyerang Gabriel Jesus, Roberto Firmino dan Everton di bahagian serangan.

Nigeria terlebih dahulu mendahului pada minit ke-35 selepas pemain tengah Rangers, Joe Aribo menjaringkan gol kedua dalam dua penampilan antarabangsa dengan menyumbat bola ke gawang Brazil selepas situasi kelam kabut di kawasan kotak penalti.

Brazil menyamakan kedudukan tiga minit selepas separuh masa kedua bermula hasil jaringan Casemiro yang menyambut bola melantun selepas tandukan Marquinhos terkena palang. – MalaysiaGazette