Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (tengah) bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap SPRM di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 15 OKTOBER 2019.

SHAH ALAM – Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor sedia mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah susulan notis kompaun berhubung dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menegaskan, langkah yang diambil Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya itu didakwa bercanggah dengan undang-undang.

“Kita akan lawan, kita tak mahu menerima kompaun mereka, kita takkan terima, kita akan bawa kes ini ke mahkamah.

“Kita bukan sekadar merancang memang kita tunggu-tunggu, kita akan berdepan di mahkamah.

“Kita akan tengok bagaimana Latheefa Koya akan bersuara dan memberi penerangan dia pula.

“Ya, kita bersedia tunggu dia (Latheefa) di mahkamah. Tiada masalah, kita akan lawan hingga akhirnya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu Mat Nadzari, pimpinan BN Selangor membuat laporan polis terhadap SPRM kerana memberi notis kompaun tidak jelas kepada parti pembangkang Selangor itu.

Kompaun SPRM itu diterima Setiausaha BN Selangor, Datuk Nasaruddin Md. Zin minggu lalu dengan nilai kompaun berjumlah RM1.4 juta dan denda RM3.6 juta.

Isnin lalu, Latheefa mengumumkan senarai 80 individu dan entiti yang menerima notis kompaun kerana dipercayai menerima dana daripada 1MDB.

Dalam pada itu, Mat Nadzari menegaskan, notis kompaun yang dikeluarkan SPRM didakwa tidak jelas dan mempunyai agenda tertentu.

“Ia satu tindakan gopoh yang melampaui dan mendahului undang-undang serta beragenda dan tidak ikhlas.

“Saya melihat mereka membuat kompaun ini berdasarkan kepada satu sumber kewangan yang dikatakan berpunca daripada 1MDB yang sekarang ini masih belum jelas lagi dia punya kes,” katanya.

Beliau juga berkata, tindakan mengenakan notis kompaun itu kepada pemimpin pembangkang didakwa untuk menutup kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal mengemukakan bukti kukuh mengenai 1MDB di mahkamah.

“Masih lagi dalam mahkamah dan tidak ada sebarang keputusan. Saya pasti agenda mereka cuba untuk menutup kelemahan di dalam sidang Parlimen sekarang.

“Mereka cuba untuk menutup kelemahan-kelemahan dan sikap ketidakadilan mereka di dalam bajet kali ini (Belanjawan 2020),” katanya.

Mat Nadzari turru mendakwa, notis kompaun itu digunakan untuk memburukkan dan menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin UMNO dan BN sedangkan PH masih gagal mengemukakan bukti sahih dalam kes 1MDB.

“Mereka menggunakan agenda ini untuk cuba meriuhkan keadaan dengan mengatakan UMNO dan BN terlibat dalam kes-kes yang pada dasarnya tidak ada lagi bukti sahih mengenainya.

“Mereka cuba memburukkan pemimpin kita di Johor yang ramai saya lihat dilibatkan dalam kes kompaun ini.

Barangkali ada kaitannya dengan PRK Tanjung Piai. Ini untuk memburukkan kepimpinan BN di sana kononnya mereka ini orang yang tidak telus dan tidak boleh dipercayai,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ketua sprm cap ayam.mcn tu lh jadi nya..tak tahu pasa sprm di lantik sbgai ktua..lwan jgn tak.lwan..dia ingat umno bodoh mcn puak2 ph kok…silak org lh oiii…aku sokong klu lwan koya tu di mahkamah..yg pelek puak2 ph yg buat slh di bebaskn..kelakar lh ko ni koya..

  2. Kepala KOYA dah KOYAK sebab ikut kata Bapak PEMBELIT.Nak dapatkan DEDAK dari PENIPU BESAR NEGARA.GENTEL LAH BUAH pembelit tu!

Comments are closed.