Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Semalam adalah detik bersejarah dalam perjuangan Perikatan Nasional (PN) menegakkan keadilan dan menentang kezaliman, kata Datuk Hamzah Zainuddin.

Ketua Pembangkang yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata, PN semalam bukan hanya berjaya mengagalkan usaha pihak tertentu yang mahu memperalatkan Parlimen bahkan berjaya menyuntik keberanian dalam kalangan wakil rakyat kerajaan untuk bangkit sama menentang “politik dendam kesumat”.

“Hinggakan Ahli Parlimen Puncak Borneo, yakni wakil rakyat kerajaan sendiri dengan lantang memperingatkan kerajaan agar ‘jangan memperkudakan Parlimen”.

“Ini adalah kemenangan rakyat dan insya-Allah perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman ini akan terus dijunjung PN,” katanya dalam satu kenyataan.

Hamzah merujuk kepada tindakan kerajaan menangguhkan sidang Dewan Rakyat sebelum usul mengenai isu Batu Puteh diputuskan semalam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Usul RCI Batu Puteh dibahaskan tanpa sebarang keputusan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast