TERKINI : Harga Murah Sebab “Orang Melayu Tak Banyak Yang Ada Duit” – Tun Mahathir

Tawaran harga yang tinggi kepada pemilik dan waris tanah Kampung Baru hanya akan membebankan orang Melayu yang mahu memiliki rumah di kawasan itu.

Sekiranya kehendak pemilik tanah di kawasan itu ditunaikan, akhirnya menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pihak pemaju terpaksa menaikkan harga rumah yang akan dibangunkan kerana kos membeli yang tinggi.

Beliau berkata demikian menyedari keadaan kewangan kaum Melayu yang dilihat kurang berkemampuan membeli rumah dengan harga tinggi.