TERKINI : SOSMA “P. Ramasamy Tak Puas Hati Tak Apa” – Tun Mahathir

Perdana Menteri menyifatkan keadaan sekarang sudah berubah kerana itu beliau mempertahankan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam penahanan 12 individu dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini.

Akta itu kata Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tentu tidak akan disalahgunakan sebaliknya berdasarkan asas yang kukuh.

Mempertahankan kenyataannya semalam, beliau enggan melayan ketidakpuasan hati Pemimpin DAP P Ramasamy yang menyifatkan ia bercanggah dengan janji Pakatan Harapan sebelum ini untuk memansuhkan akta yang disifatkan zalim sebelum pilihan raya yang lalu.

1 Komen

Comments are closed.