TERKINI : Hina PM dan KPN: Polis kerjasama dengan Interpol jejaki Naavin Pillai

Polis Diraja Malaysia sedang menjejaki pemilik akaun Twitter Naavin Pillai dengan bantuan polis antarabangsa (Interpol) kerana memuat naik posting yang menghina perdana menteri dan ketua polis negara dengan menyamakan kedua dua pemimpin dengan anjing.

Hasil siasatan mendapati wujud unsur penghinaan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2012. – MalaysiaGazette