Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bercakap kepada mediadi lobi Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Jangan kucar-kacirkan Pakatan Harapan dan gunakan jalan belakang semata-mata untuk kembali menjadi ahli Kabinet.

Demikian amaran Anthony Loke ketika mengulas dakwaan kononnya wujud usaha untuk membentuk kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Tambah Setiausaha Organisasi DAP itu, pemimpin parti pembangkang sepatutnya hormat kekalahan dan mandat yang dipilih rakyat.

“Kerajaan telah pun dipilih rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 9 May ini kekal utuh dan kita telah diberikan mandat mentadbir negara kita sehingga akhir tempoh ini.

“Jadi mandat itu mesti dihormati oleh semua pihak termasuklah pembangkang yang telah kalah dalam pilihan raya itu. Kangan nak kucar kacir kerajaan.

“Ini orang yang telah kalah dalam pilihan raya, , hormat mandat rakyat jangan lupa mereka ditolak jangan cuba nak menggunakan jalan belakang untuk kembali menjadi anggota Kabinet,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Semalam kenyataan Pakatan Harapan yang ditandatangani oleh Anthony selain etua Setiausaha PH, Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya; Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir; mendakwa bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalang yang menggerakkan kempen membentuk kerajaan baharu.

Kerajaan baharu itu adalah tanpa Amanah dan DAP.

Walaubagaimanapun Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menyifatkan tuduhan tersebut tidak masuk akal. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast