Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Kerajaan telah sedaya upaya berusaha untuk menurunkan kos sara hidup rakyat.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak boleh mengawal semua harga barangan kerana ianya ditentukan oleh pasaran.

“Kami telah cuba sedaya-upaya tetapi kami tidak boleh menentukan harga barangan kecuali beberapa jenis barangan tertentu sahaja.

“Jika kami menentukan harga barangan ini bermakna kerajaan mengamalkan ekonomi terhad sedangkan Malaysia adalah sebuah ekonomi bebas, di mana sektor swasta yang akan menentukan harga barang,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Forum Hari Antarabangsa Pembasmian Kemiskinan 2019 di sini hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, apa yang boleh dilakukan kerajaan adalah mengenakan hukuman kepada peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat keuntungan berlebihan.

“Cuma kita harap para peniaga tidak mengambil kesempatan. Selebihnya, kita biarkan sektor swasta membuat keuntungan asalkan ianya munasabah,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, kerajaan perhatian mendalam terhadap agihan pendapatan dan kekayaan.

Jika tidak, ia akan membantutkan semua usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan. –  MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast