Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSK) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed. foto FAREEZ FADZIL, 16 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diambil keterangan pada minggu ini berhubung laporan polis yang dibuat Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming awal Oktober ini.

Ia melibatlan siasatan kes penghinaan terhadap Sultan Selangor melibatkan Nga Kor Ming Super Fans Page di Facebook yang tular 30 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, selain memanggil semula Kor Ming untuk merakam semula keterangan berkaitan kes itu, polis turut berhubung dengan Ahli Parlimen BN Pekan dirakam percakapan.

“Kami sudah berhubung dengan dia (Najib).

“Kita akan merakam keterangan daripada beliau dalam minggu ini di Bukit Aman,” katanya.

Ditanya lebih terperinci tarikh dan masa Najib diminta tampil, beliau berkata:”Tunggulah tak semestinya Khamis atau Jumaat ini, kita ada Sabtu Ahad juga boleh dipanggil.

“Kemungkinan besar kita akan panggil dia dan rakam keterangan di Bukit Aman,” katanya dalam sidang media harian JSJ di Bukit Aman.

Dalam perkembangan berkaitan, Huzir juga menegaskan, Kor Ming yag juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat belum selesai dirakam keterangan sepenuhnya dan akan dipanggil semula untuk menyambung percakapan.

“Kes berkenaan (Nga Kor Ming Super Fans Page) masih dalam siasatan. Kita akan panggil semula Nga Kor Ming untuk sambung ambil keterangan,” tegasnya lagi.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu telah tampil ke Bukit Aman pada 8 Oktober lalu untuk memberi keterangan kepada Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5).

Beliau turut menyerahkan segala bukti kepada pegawai penyiasat berhubung dakwaan fitnah oleh Najib  mengaitkannya dengan status menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dimuat naik dalam akaun media sosial pada 30 September lalu.

“Saya juga menggesa polis mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan fitnah dikeluarkan terhadap saya di laman facebooknya,” kata Kor Ming yang ditemani peguamnya Ramkarpal Singh kepada pemberita di luar Bukit Aman.

Pengiring peribadi Sultan Sharifuddin Idris Shah telah membuat laporan polis awal Oktober lalu di Balaoi Polis Seksyen 6, Shah Alam sebagai tindakan menyiasat Nga Kor Ming Super Fans Page di Facebook yang didakwa menghina Sultan berkaitan tindakan baginda dalam papan tanda tulisan Jawi di Bandaraya tersebut.

Page Facebook itu didakwa telah mengajak masyrakat Cina menjalankan bantahan di hadapan Istana beramai ramai sebagai membantah tindakan Sultan terhadap perubahan dalam papan tanda jalan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.