Mendiang Presiden Parti IPF, Datuk M. Sambathan

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF), Datuk M. Sambanthan menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

Mendiang, 56, yang juga merupakan Ahli Dewan Negara meninggal pukul 11.35 malam.

MalaysiaGazette difahamkan, Sambanthan dalam keadaan tenat semasa dirawat di IJN sejak dua minggu kerana masalah komplikasi jantung dan juga telah melalui pembedahan dalam tempoh tersebut.

Sambathan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada tahun 2017 juga merupakan antara pemimpin yang setia bersama Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi walaupun partinya hanya sekadar ‘rakan mesra’ dalam komponen BN.

Malah Sambathan sentiasa menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga nafasnya yang terakhir.- MalaysiaGazette