Kerajaan negeri Kelantan berhak memfailkan saman tuntutan royalti minyak kali kedua terhadap Petronas sekiranya kemelut ini gagal diselesaikan.
Kata Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan, kerajaan negeri itu hanya perlu memfailkan saman baharu seperti yang sebelum ini dilakukan mengikut prosuder.
“Boleh saman sebab ada kesinambungan , masih boleh (saman) walaupun dah pernah tarik balik,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.