KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pelantikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai penasihat badan induk bola sepak Kelantan berkuatkuasa semalam.

Persetujuan tersebut dicapai selepas Presiden KAFA, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di Wisma Kementerian Pertahanan di ibu negara semalam.

“Bagi pihak KAFA, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan di atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini.

“Beliau akan bertindak selaku penasihat persatuan tetapi tidak mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan tiga bulan lalu dan berfungsi sebagai sokongan ke atas usaha menambah baik bola sepak Kelantan,” katanya di laman Facebook Kelantan FA. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mat saba jadi penasihat..hihihihihi gelak aku..dia nk lantik pnasihat ni mesti lh org yg pakar dlm bidang tertntu..mat sabu tu pakai ke bab sukan bola sepak…knpa klu tak bg tahu je sbb lantik mat sabu ni..sbb nak cari kwangan je..

Comments are closed.