TERKINI : Let’s Talk Minda Sihat “Tidak Lagi Dipandang Serong” – Dr Dzulkefly Ahmad

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2015 mendapati bahawa 3 daripada 10 orang berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah mental.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kajian sama pada 2017 mendapati 10 peratus remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun mempunyai idea untuk bunuh diri.