Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pasangan itu, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, merancang bernikah pada Jumaat ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun melecur di bahagian dada, perut dan belakang badan dipercayai disimbah air panas oleh seorang rakannya di sebuah pusat tahfiz di Keramat, awal pagi Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu selepas bapa pelajar berkenaan membuat laporan pada pukul 4.00 pagi pada hari kejadian.

“Bapanya diberitahu oleh pihak pengurusan pusat tahfiz bahawa anaknya disimbah air panas, semasa pelajar itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan, dan keadaannya dilaporkan stabil namun masih dalam pemantauan doktor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, susulan laporan, polis menahan seorang pelajar tahfiz berusia 12 tahun untuk siasatan lanjut pada pukul 2.00 petang hari yang sama.

Rajab berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan susulan pergaduhan antara mereka pada 14 Oktober lepas.

“Kanak-kanak itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya. – Bernama

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.