KUALA LUMPUR – Ekoran sambutan hangat di Kelantan, Johor, Perak dan di Pulau Pinang, Jelajah Planet Animasi diteruskan lagi ke destinasi pantai timur sebagai penutup jelajah tahun 2019.

Negeri Terengganu yang terkenal dengan keunikan kesenian, kebudayaan dan warisan dipilih atas permintaan ramai.

Selaras dengan Visi dan Misi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ke arah Pembangunan Usahawan Terengganu, YPU menyahut cabaran dengan bekerjasama Pavilion Planet Sdn Bhd dalam menganjurkan Planet Animasi Terengganu 2019 pada 1 November hingga 31 Disember 2019 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu.

Acara terbesar diadakan bersempena cuti sekolah akhir tahun 2019 dan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020, Planet Animasi Terengganu 2019 telah berkolaborasi bersama PADI Record & Entertainment dan RIZS Management untuk menrealissaikan kejayaan acara tersebut.

Acara yang sama disasarkan dapat menarik tumpuan ramai pengunjung dari pelusuk Semenanjung Malaysia, kata satu kenyataan hari ini.

“Planet Animasi Terengganu 2019 ini bertujuan untuk memberi pengetahuan serta pendedahan mengenai industri animasi dan kartun negara kepada masyarakat.

“Ia juga memberi peluang kepada peminat bertemu dengan maskot dan karektor kesayangan mereka dan seterusnya menjadi wadah bagi keluarga berhibur sempena cuti sekolah ini. Disamping itu, dapat memperkenal dan mempromosikan keunikan dan kehalusan pelbagai kesenian budaya, tradisi dan warisan Negeri Terengganu oleh para usahawan,” kata kenyataan yang sama.

Justeru itu, satu sidang media Planet Animasi Terengganu 2019 dirasmikan oleh Pengurus Pembangunan Usahawan merangkap Presiden Kelab Kebajikan & Rekreasi Yayaysan Pembangunan Usahawan Terengganu, Ahmad Shabiri Awalludin pada 22 Oktober ini jam 3.00 petang di Executive Lounge Floor, The Pearl Kuala Lumpur Hotel.

Majlis Perasmian Planet Animasi Terengganu 2019 dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu pada awal bulan November ini.

Pelbagai program-program menarik telah dirangka sepanjang dua bulan bagi memeriahkan Planet Animasi Terengganu 2019. Antaranya adalah:

Antaranya penampilan istimewa dan Persembahan Maskot Animasi Tempatan seperti Didi & Friends, Rimba Racer & Rimba Kids, Chads World, Cam & Leon, Iman & Sara, Meow dan lain-lain lagi.

Pameran Animasi, kartun, permainan interaktif, pertandingan cosplay, jualan barangan rasmi dan macam-macam lagi.

Tiket masuk ke Planet Animasi bagi kanak-kanak yang berumur tiga tahun hingga 17 tahun berharga RM10 dan 17 tahun keatas berharga RM5.

Disamping itu peluang perniagaan juga dibuka kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menambah pendapatan semasa cuti sekolah 2019.

Lot-lot jualan dijual dengan harga bermula RM2,500 sahaja. Sebarang pertanyaan mengenai lot jualan, boleh menghubungi Ayob – (019 3682548), Rizs ( 012 7105886) dan Cik Alissa (018 2161157).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast