Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan bersama perwakilan-perwakilan bergambar kenangan pada Konvensyen UMNO Negeri Selangor 2019 di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 19 OKTOBER 2019.

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwa mahu menubuhkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah hanya satu tuduhan  tidak berasas.

Sebaliknya beliau berkata, hasrat Hishammuddin itu sekiranya  benar pun hanya semata-mata mahu melihat parti politik Islam dan Melayu di negara ini bersatu.

“Saya fikir itu hanya satu perkara yang dituduh oleh Datuk Seri Hishammuddin dan beliau tidak begitu, beliau ikhlas untuk melihat bahawa UMNO terus bersatu padu.

“Tentunya semua pihak harus berusaha untuk menggamit kebersamaan parti-parti Islam dan Melayu untuk bekerjasama atas dasar ukhwah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen UMNO Selangor hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu bahawa Hishammuddin menjadi dalang menggerakkan kewujudan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.

Hishammuddin sebelum ini juga menepis dakwaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menegaskan beliau akan menyokong hasrat Hishammuddin untuk melihat UMNO kembali bersatu di samping penyertaan parti politik Islam dan Melayu lain.

“Saya mendorong apa yang diusahakan oleh Datuk Seri Hishammuddin dan kita harus bersama-sama untuk menterjemahkan pelaksanaannya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Inila yg di kata UM sebagai institusi kolot,ketinggalan zaman,hnya layak di ketonggengkn shj,satu2nya U yg sudah separuh umurnya boleh juga di katakn nyanyok,rabun &,namanya pun dah di tenggelami oleh thunami 2020an U atuk,..haha,ha,ha,…

  2. Sepatutnya sebgai U yg tertua,sayugianya menjdi conth&tauladan akhlak kpd U2 yg lain,bertindak ikut suka,mcm ddlm M’sia ini awak soghang shjla yg popular,cuba tengok brapa ramai student anda dri luar negara ke mana yg mereko apply?UM?,UIA,UIAM,UKM,@OUM,UITM,UTM,UNISL,UKL,UPetrolaem,@di mana yg paling ramai?,brpa % U msing2, tak perlula buat kepelbgaian isu sgt,lagi cuba renungkan brpa ramai bekas prof2(pesara2),apo yg mereko aktifkn demi mengisi waktu2 emas,,?…kami warga M’sia udoh jemu dgn permainan & U2 ni menjdi perkakas kpd parti2 politik,ddlm M’sia ni,…kami mahu institusi ilmu ini menjdi benteng ketamaddunan ilmu yg menyuburkan hati,minda seluruh umat,krna itu adalah sebhgian dri tugas para rasul a,s,,awasss Allah &Malaikatnya menjdi saksi..والسلام…

Comments are closed.