Tommy Thomas
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes penderaan kanak-kanak pelajar tahfiz di Perak telah dibuka dua kali dan kedua-duanya digugurkan kerana tidak ada prima facie.

Peguam Negara, Tan Sri tommy Thomas berkata, ia diputuskan setelah diteliti oleh Timbalan Pendakwaraya (TPR).

Menurutnya, siasatan polis berhubung kes itu bermula selepas satu laporan polis dibuat pada 14 Ogos 2016 oleh ibu mangsa yang mendakwa anaknya berusia 10 tahun menjadi mangsa gangguan seksual oleh pelajar sekolah mereka di Manjoi, Perak.

Polis kemudiannya menjalankan siasatan dan mangsa juga telah menjalani pemeriksaan di sebuah hospital awam dan kesemuanya direkodkan sebelum dirujuk kes siasatan dirujuk kepadanya.

“Kertas siasatan telah diteliti oleh kamar ini. TPR yang ditugaskan bagi kes ini berpandangan tiada kesalahan yang telah dilakukan. Memandangkan ketiadaan keterangan lain untuk polis meneruskan siasatan, arahan no further action (NFA) dikeluarkan pada September 2016,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tommy, selepas itu kertas siasatan kes yang sama dibuka semula pada Februari 2017 susulan wujud keterangan baharu dan telah dikemukakan kembali kepada pihaknya.

“TPR yang ditugaskan telah meneliti setiap butiran keterangan yang dikemukakan oleh polis termasuk keterangan baharu.

“Mengambilkira ketiadaan keetrangan yang mencukupi bagi satu kes prima facie terhadap suspek-suspek, TPR membuta kesimpulan kali kedua pada Februari 2018 siasatan tidak perlu diteruskan,” kata Tommy.

Namun pada 3 Jun lepas, satu surat aduan oleh ibu mangsa diterima dengan penglibatan seorang majistret.

Dalam surat aduan itu, ibu mangsa mendakwa tiada tindakan diambil terhadap suspek-suspek terlibat meskipun belilau telah membuat dua laporan polis pada tahun 2016.

Namun salinan surat itu tidak disalinkan ke pejabat Peguam Negara.

“Majistret tersebut telah membuat keputusan untuk mengambil kognissans di atas aduan si ibu dan pada 5 Ogos lalu, majistret yang sama telah menyerahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Perak (PPNP) satu notis yang menyatakan kes itu telah ditetapkan pada 9 Oktober lalu bagi membolehkan di ibu diperiksa berhubung surat aduan beliau,” katanya.

Pemeriksaan tersebut dijalankan oleh majistret yang sama selaras dengan kuasanya di bawah Seksyen 133 Kanun Tatacara Jenayah.

PPNP telah mengemukakan maklumbalasnya kepada majistret melalui surat dengan mengemukakan maklumat berhubung status sebenar siasatan selain arahan NFA dan menjelaskan si ibu tidak wajar memfailkan aduan di bawah Seksyen 133 KTJ memandangkan polis telah membuka kertas siasatan pada tahun 2016 dan telah membuat keputusan.

Bagaimanapun pada minggu lalu, media melaporkan majistret telah menolak permohonan ibu dan dilaporkan oleh Malay Mail kononya majistret telah membuat keputusan itu setelah menerima surat daripada Pejabat penasihat Undang-Undang Negeri Perak yang memperincikan arahan bertulis daripada Peguam Negara.

“Laporan ini tidak tepat. Tiada arahan bertulis yang dikeluarkan oleh saya dan tiada sebarang arahan saya dirujuk di dalam surat PPNP kepada majistret tersebut.

“Laporan tersebut juga menyatakan Malay Mail telah memohon penjelasan daripada saya dan sekali lagi ia tidak benar. Kamar ini mahupun saya secara peribadi tidak pernah menerima apa-apa permohonan penjelasan daripada Malay Mail berhubung kes ini.

“Laporan Malay Mail bertarikh 14 Oktober lalu tidak tepat itu telah dipetik oleh portal-portal berita yang lain,” kata Tommy.

Menurutnya, keputuan TPR untuk NFA berdasarkan kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan yang memperuntukkan kuasa kepadanya untuk memulakan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

AG kena beri penjelasan kenapa gugur kes penderaan seksual di sekolah tahfiz