Anggota bomba memberikan bantuan kepada lelaki Cina yang bertindak terjun dari tingkat 5, Blok A, di Jalan Peel di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 40-an nekad terjun dari tingkat lima sebuah plaza di Blok A, di Jalan Peel di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan, lelaki terbabit yang berbangsa Cina bertindak demikian dipercayai cuba untuk membunuh diri.

Komander Operasi, Mohd Razi Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung insiden itu pukul 8.42 pagi dan mengerahkan jentera dari Balai Bomba Pudu dan Balai Bomba Hang Tuah untuk ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai 13 anggota dan beberapa jentera digunakan dalam operasi untuk menyelamatkan mangsa dan pihaknya tiba 10 minit kemudian.

“Pegawai Unit EMRS membuat pemeriksaan pada mangsa didapati dalam keadaan masih bernyawa,” ujarnya.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Univesriti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, oleh unit EMRS untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast