Mantan Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa (kanan) ketika hadir bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2019

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

Nasharuddin ditahan pada pukul 2 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Februari lalu, Nasharuddin bersama beberapa pemimpin Pas disiasat penguatkuasa undang-undang itu kerana disyaki menerima wang RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – MalaysiaGazette