Shahir Adnan
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menggesa Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching supaya memberikan penjelasan berhubung pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di sekolah yang kini terus menjadi kotroversi.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata, perkara itu perlu ekoran timbul kekeliruan dalam kalangan banyak pihak teruatama di dalam Kementerian Pendidikan sendiri.

Beliau berkata, apa yang berlaku seolah-olah menunjukkan bahawa menteri dan timbalan menteri pendidikan mempunyai dasar yang berbeza-beza.

“Perbezaan sebegini boleh menghancurkan masa depan pendidikan negara.

“Ironinya, telah tersebar gambar penulis komik tersebut ada membuat lawatan ke pejabat Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching dan menyerahkan komik propaganda tersebut pada 12 September 2019. Penjelasan perlu diberikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada masa sama katanya, DPIM mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik tersebut.

Ujarnya, Kementerian Pendidikan pula perlu menyiasat petualang yang terlibat dalam menjadikan sekolah sebagai tempat penyebaran propaganda politik.

“Sekolah dan pendidikan anak-anak perlu bebas daripada anasir politik.

“Seharusnya Kementerian Pendidikan menyiapkan anak-anak untuk berjaya di dalam pendidikan sekolah ke arah negara maju berpendapatan tinggi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yg mahathir tu knpa lh duk lantik menteri2 dan timbalan yg bodoh2 smua…akhir nya siapa yg susah rakyat juga..ini smua slh mahathir punya angkara…smua nya cap ayam ..tak blh wat kerja langsung..klu mahathir betul2 syg kan rakyat dn tanah air harap2 bubar lah parlimen adakn pilihanraya smula…skrg ni mlysia sudah tenat dgn menteri2 yg bodoh2 smua…terutama menteri dapig..

  2. Mmg menteri DAPigs hampeh…..asyik2 cetus kontrovesi..ckp je pandai bila suruh buat keje …hancus…subversif dr dlm..

Comments are closed.