Setiausaha Agung Parti Gerakan. Mah Kah Keong .

KUALA LUMPUR – Gerakan sahkan bakal memilih calon muda untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Setiausaha Agungnya, Mak Kah Keong turut berkata, parti itu dijangka mengumumkan pilihan mereka dua atau sehari sebelum hari penamaan calon kerana mengutamakan keselamatan dan kelayakan calon yang bakal bertanding. 

“Anak muda kot? (calon itu) memang asal Johor. Masa yang sesuai. Kita tak mahu ada kebetulan suatu perkara terjadi, hilang kelayakan, isu keselamatan calon.

“Selepas tukar kerajaan kena berhati-hati biar presiden (Datuk Dominic Lau) umum bila tiba masa,” katanya ketika sidang media hari ini.

Pada 10 Oktober yang lalu Gerakan menyatakan hasrat meletak calon dalam PRK Tanjung Piai sambil menegaskan kalah atau menang tidak menjadi pertimbangan parti itu.

Untuk rekod, Sinchew Daily melaporkan, Naib Presiden Gerakan, Koo Shiaw Lee yang kalah tipis dengan undi majoriti 361 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis dalam Pilihan Raya Umum 2018 merupakan antara calon yang dipertimbangkan.

Walaupun pernah bertanding di Pemanis, tetapi Shiaw Lee merupakan pemimpin Gerakan yang sudah lama berkhidmat di kerusi Parlimen Iskandar Puteri atau nama lamanya Gelang Patah yang terletak bersebelahan dengan Tanjung Piai.- MalaysiaGazette