KUALA LUMPUR – Penasihat DAP membayangkan ada lebih banyak penipuan, berita palsu memburukkan parti itu dirancang pihak pembangkang.
Lim Kit Siang mendakwa apa yang berlaku sekarang termasuk usaha pihak berkenaan ‘membuang’ kerajaan Pakatan Harapan dengan tindakan mengeluarkan DAP dan Amanah dalam kerajaan sedia ada.
“Ia boleh dilihat pada kempen beria-ria yang mahu menggambarkan DAP sebagai parti anti Malaysia menyokong LTTE walaupun perang saudara di Sri Lanka sudah berakhir 10 tahun lalu dan tidak ada bukti menunjukkan DAP menyokong keganasan selain mendakwa DAP juga anti India oleh seorang ahli parlimen UMNO ketika membahaskan Belanjawan 2020,” ujarnya dalam blognya hari ini.
Menurut Kit Siang, situasi yang sama apabila serangan terhadap komik terbitan Hew Kuan Yau bagi menggambarkan DAP menyokong perjuangan komunis.
“Saya sudah memberi amaran dua hari lalu mengenai lebih banyak penipuan, berita palsu ucapan kebencian berlaku sehingga 11 November ini pada tarikh sama mahkamah memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bebas atau didakwa atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan RM42 juta dari dana SRC International dan jika Najib dipanggil membela diri situasi yang sama berterusan sehingga tamat perbicaraan SRC,” ujarnya lagi.
Apa pun, katanya, DAP akan kekal memperjuangkan visi Malaysia bersatu, harmoni dan berjaya di mata dunia dalam pelbagai bidang berbanding sebelum ini.- MalaysiaGazette
….terimalah hakikat DAP memang tak boleh memerintah MALAYSIA!
tak ingat ka, siapa yang mula2 membuat fitnah dan menyebar berita palsu sebelum pilihan raya 14 lalu…