TERKINI : Jual Rumah Kepada Warga Asing “Kesan Buruk kepada Anak-Anak Muda” – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan menurunkan harga rumah mewah dari RM1 juta kepada RM600,000 khusus kepada warga asing boleh memberi kesan kepada warga tempatan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, harga yang diturunkan itu boleh dibeli oleh anak tempatan yang sebelum ini tidak mampu kerana dijual pada kadar RM1 juta seunit.