Isu peralihan kuasa mesti diselesaikan segera untuk menjamin keutuhan Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR – Isu peralihan kuasa di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja telah menjadi duri dalam daging yang memburukkan Pakatan Harapan malah bakal menjejaskan keyakinan rakyat jika tidak diselesaikan dengan segera.

Penganalisis Politik Prof Madya Dr. Jeniri Amir berkata, biar pun perihal perjanjian penyerahan kuasa itu telah banyak kali diulang dan ditegaskan namun segala-galanya masih kabur sehingga menimbulkan kegelisahan banyak pihak.

“Isu ini sudah berlarutan duri dalam daging dalam Pakatan Harapan dan kalau tidak ditangani dengan segera boleh mencetuskan keraguan dan ketidakyakinan terhadap isu peralihan kuasa.

“Mereka perlu balik (kembali kepada) persetujuan pada pilihan raya, Tun M perlu berpegang pada janji. (Ini kerana) janji mereka untuk memberi peluang kepada Anwar ini telah ditekankan berkali-kali,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Perkembangan terbaharu menyaksikan Dr Mahathir menegaskan bahawa hanya Majlis Presiden PH yang akan menentukan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Katanya lagi, cadangan daripada beberapa ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini supaya beliau kekal memegang jawatan itu sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah pandangan mereka sahaja.

Khamis lalu, enam Ahli Parlimen UMNO tampil memberi sokongan agar Tun Dr. Mahathir meneruskan mandat sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum seterusnya.

Enam individu berkenaan ialah Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Dr Adham Baba (Tenggara), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), dan Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).

Dalam satu sidang media di lobi Parlimen, mereka berkata, Dr. Mahathir perlu terus menjadi Perdana Mente

Mengulas lanjut, Jeneri yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyanggah pendapat Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad bahawa sokongan enam wakil rakyat itu berpotensi memberi kesan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Menurut beliau, apa yang disuarakan oleh enam wakil rakyat Barisan Nasional itu bukannya pendirian parti, justeru tiada kaitan dengan prestasi BN dalam menghadapi pilihan raya kecil di Tanjung Piai.

“Jadi enam orang itu tidak memberi sebarang kesan pada akhirnya,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.