Gambar hiasan.

MANILA – Satu gempa bumi dengan magnitud 6.6 menggegarkan pusat bandar Mindanao yang terletak di selatan Filipina, hari ini.

Gempa bumi itu melanda Cotabato kira-kira 26 kilometer di timur laut Tulunan pada jam 9.04 waktu tempatan (0104 GMT), kata Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan teruk namun begitu gempa susulan dijangka berlaku.

Dengan itu, Phivolcs menasihatkan penduduk di kawasan terjejas untuk terus berada di luar bangunan.

Gempa bumi tersebut turut menggegarkan wilayah-wilayah dan bandar-bandar berhampiran termasuk Davao City yang juga merupakan kampung halaman Presiden Rodrigo Duterte dan antara kawasan padat penduduk di negara itu.

Radio DZMM melaporkan kabel-kabel elektrik kelihatan berayun di Davao manakala orang ramai bergegas mencari ruang terbuka selain terdapat beberapa orang yang pengsan kerana terlalu takut.

Jadual persekolahan digantung berikutan gempa.

Insiden tersebut menyebabkan bekalan elektrik terputus di bandar General Santos. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast