Peta kawasan Pilihan Raya Kecil pada sidang media PKR Parlimen P.165 Tanjung Piai Johor.
KUALA LUMPUR – Exco Armada Nasional, Muzzammil Ismail menyifatkan sesuatu yang sangat mengaibkan apabila seorang presiden parti boleh ‘diarahkan’ tutup mulut untuk tidak mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai semalam.
Beliau berkata, UMNO yang sebelum ini lantang mendesak DAP berkaitan isu Melayu dan Islam kini terpaksa mengikut rentak MCA yang cuma mempunyai satu kerusi parlimen.
Katanya, perkembangan terbaharu itu mendorong pihaknya untuk membuat kesimpulan bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan yang merupakan Timbalan Presiden UMNO mempunyai kelebihan besar untuk mengemudi parti berbanding Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Namun lebih baik Tok Mat memikirkan tentang apa yang disebut oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan kesatuan kuasa politik orang Melayu tanpa Zahid Hamidi,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut, Muzzammil berkata, pada pilihan raya kecil kali ini, Pakatan Harapan telah meletakkan calon yang berwibawa, kuat dari segi watak agama, Melayu dan disenangi masyarakat setempat.
Calon berkenaan Karmaine Sardini, katanya, merupakan seorang yang berpengalaman dalam politik.
Menurut Muzzammil, UMNO sedang bergolak teruk dan menghadapi tekanan kuat dalam menentukan calon mereka.
“MCA lebih awal memberi amaran akan keluar parti jika calon mereka tidak diletakkan,” katanya.
Semalam Ahmad Zahid ketika melancarkan jentera pilihan raya Tanjung Piai berkata: ”Datuk Hasni telah arahkan kepada saya jangan umum calon hari ini, begitu juga Presiden MCA, Wee Ka Siong turut bisik ke telinga saya untuk tidak umum calon hari ini.”

Beliau juga berkata, Pakatan Harapan telah tertipu apabila membuat pengumuman semalam kerana mendapat berita Barisan Nasional juga akan berbuat demikian pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata BN memberikan kuasa penuh kepada Hasni untuk mengumumkan calon bagi pihak BN. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Selepas PH umum, BN pilih Rabu untuk dedah calon PRK Tg Piai

 

2 Komen

  1. Betul lah PH telah kena tipu. konon bersih., pee dah kencing seluroh negara bersih apa. haprak ikut telunjok cina DAPig. Melayu apa tu hoi……

Comments are closed.