Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Pas memandang serius kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang cuba bermain api dengan memfitnah parti itu dan UMNO.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad, sebelum ini, Menteri Kewangan itu pernah mengulangi hasutan dengan menyatakan penyatuan UMNO, Pas seolah mengisytiharkan perang kepada bukan Melayu.

“DAP terus menerus dengan episod jahatnya terhadap Pas dan UMNO sedangkan Pas, UMNO tidak pernah membuat kenyataan untuk menghapuskan hak orang bukan Islam.

“Hak orang bukan Islam dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, kenapa kami mahu menghapuskan mereka?

“Kita dengan dengan tegas menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang dan mempertahankan keluhuran perlembagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamaruzaman, selain Pas membantah keras hasutan dan fitnah jahat Guan Eng, DAP sebenarnya sebuah parti yang sering kali mempertikaikan asas negara, kontrak sosial dan mempromosi ideologi komunis di negara ini.

Ujar beliau, fitnah terkini Guan Eng itu sangat keterlaluan dan kedudukannya selaku menteri utama dalam kerajaan mesti dilucutkan demi kestabilan politik dan kehamornian negara. – MalaysiaGazette