Zlatan Ibrahimovic

LONDON – Penyerang prolifik, Zlatan Ibrahmimovic memberi bayangan dia sedang menuju ke Sepanyol untuk kembali beraksi di La Liga.

Bintang antarabangsa Sweden itu pernah beraksi bersama Barcelona lapan tahun yang lalu.

“Hola Espana, cuba teka? Saya akan kembali.” tulis Ibrahimovic menerusi video Instagram miliknya.

Ibrahimovic baharu sahaja mengesahkan akan beraksi aksi terakhir dengan La Galaxy dalam perlawanan play off menentang Los Angeles FC di mana LA Galaxy tewas 5-3.

Dia sebelum ini dikaitkan dengan Napoli dan juga kepulangan semula ke Manchester United.

Presiden Napoli menyatakan minat mendapatkan Ibrahimovic namun terpaksa akur jika pemain itu meminta gaji di luar kemampuan mereka.

Manchester United pula sedang mencari no.9 selepas pemergian Lukaku

Malah Ibrahimovic sendiri tidak menolak kemungkinan akan kembali semula ke Man. United. – MalaysiaGazette