Lim Guan Eng

KUALA LUMPU- Rizab antarabangsa Malaysia pada tahun 2018 berjumlah RM419.6 bilion atau AS$101.4 bilion, memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Mengikut perangkaan terbaharu, pada 15 Oktober 2019 rizab antarabangsa Malaysia telah meningkat kepada RM432.7 bilion atau AS$103.3 bilion, iaitu memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jonathan Yasin (PH-Ranau) yang bertanya berapakah simpanan rizah negara, jumlah pendapatan dan perbelanjaan negara pada tahun 2018.

Menurutnya, pada tahun 2018, jumlah hasil Kerajaan Persekutuan adalah RM232.9 bilion.

Manakala bagi perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pula adalah RM287.1 bilion yang merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM231 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM56.1 bilion. – MalaysiaGazette