Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo.

LONDON – Bintang bola sepak dunia, Ronaldo membuat kejutan apabila menghadiahkan kasut bola kepada setiap pemain skuad wanita Bawah 17 tahun Portugal selepas menewaskan Latvia 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Daily Mail melaporkan, para pemain kelihatan teruja ketika menerima surat daripada pemain senior negara mereka itu sambil memegang but.

“Saya memberi but Mercurial Dream Speed ini dengan harapan ia dapat membantu mencapai impian anda.

“Saya mahu menjadi pemain bola sepak terbaik dunia dan dedikasi hidup dalam mimpi ini di gimnasium, di padang latihan, buat segalanya yang perlu untuk jadikan kenyataan.

“Saya mempunyai impian dan begitu juga anda. Jadi jangan teragak-agak untuk mengejarnya. Selamat berjaya dan gembiralah dengan but ini,” pesan bintang Juventus.

Ronaldo menghadiahkan but kepada pasukan itu selepas mereka menang 4-0 ke atas Latvia dengan jaringan hatrik Ines Oliveira.

Bintang Juventus itu pernah menjuarai trofi Euro 2016 bersama Portugal serta Liga Negara-Negara musim ini. – MalaysiaGazette