Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kedah mengisytiharkan cuti umum esok sekiranya pasukan bola sepak negeri ini menjuarai Piala Malaysia 2019 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu kenyataan hari ini berkata pengisytiharan itu diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am.

“Kerajaan negeri membuat keputusan ini sebagai penghormatan kepada pasukan Hijau Kuning yang mengharumkan nama Negeri Kedah Darul Aman sehingga berjaya menjulang piala yang berprestij itu,” katanya.

Mukhriz berkata, ia juga bagi menghargai kesetiaan dan sokongan padu rakyat kepada pasukan bola sepak negeri ini.

Kedah akan bertemu juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) pukul 9 malam. – MalaysiaGazette