LOS ANGELES, CA - SEPTEMBER 24: Lady Gaga attends the premiere of Warner Bros. Pictures' "A Star Is Born" at The Shrine Auditorium on September 24, 2018 in Los Angeles, California. (Photo by Jon Kopaloff/FilmMagic,)

LOS ANGELES – Penyanyi popular antarabangsa, Lady Gaga bakal tampil dalam filem terbaharunya selepas setuju untuk memegang watak sebagai isteri kepada waris dinasti fesyen Gucci.

Menurut laman web antarabangsa, Gaga akan memegang watak sebagai Patrizia Reggiani yang dihukum penjara kerana merancang pembunuhan suaminya, Maurizio Gucci pada tahun 1995 di Milan.

Reggiani yang menjalani hukuman penjara selama 18 tahun, dibebaskan pada tahun 2016 dan dianggap sebagai salah satu kes jenayah berprofil tinggi dalam sejarah Itali.

Ridley Scott akan bertindak sebagai pengarah dan penerbit filem itu.

Sementara itu, wakil Gaga enggan memberi sebarang komen berhubung laporan terbabit.

Gaga sebelum ini pernah berlakon dalam filem A Star is Born yang membolehkan dia meraih anugerah Oscar bagi kategori lagu terbaik dan menerusi Shallow selain mendapat pencalonan pelakon wanita terbaik.

Sehingga kini, tiada informasi lanjut mengenai tajuk filem atau tarikh ia akan ditayangkan. – MalaysiaGazette